Dadah: Warga Maghribi Ke Tali Gantung, Dua Warga Jerman Bebas

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat menjatuhkan hukuman gantung mandatori terhadap seorang jurujual kereta warga Maghribi dan membebaskan dua warga Jerman atas tuduhan mengedar dadah jenis methampetamine seberat 6.6kg, tahun lepas.

Warga Maghribi itu, Mohammed Seddiki, 27, dituduh bersama dua warga Jerman Najim Sayed, 27, dan Yossuf Ezam, 26, melakukan kesalahan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 8.45 pagi, 1 Januari 2012.

Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammed setelah pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.

Dadah itu ditemui dalam beg pakaian Mohammed.

Kedua-dua warga Jerman itu dilepas dan dibebaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan melampaui munasabah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mereka tiba di KLIA dengan penerbangan dari Jerman dan telah singgah di Istanbul dan Gaziantep, Turki sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Rozanna Abdul Hadi daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia manakala peguam T. Suresh mewakili Mohammed, Karpal Singh mewakili Najim dan Yossuf diwakili Datuk N. Sivananthan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan