Hakim Tarik Diri Dengar Kes Nik Nazmi Kerana Hubungan Kekeluargaan

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob pada Rabu menarik diri daripada mendengar kes Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad atas alasan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh.

Rozina membuat keputusan itu setelah dimaklumkan oleh bapanya bahawa mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Nik Nazmi.

Berikutan itu, beliau memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen lain.

"Demi keadilan semua pihak, saya menarik diri daripada mendengar kes ini dan memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen 1," katanya.

Pada 17 Mei lepas, Nik Nazmi, 31, didakwa gagal memaklumkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan program 'Blackout 505' di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, didakwa melakukan perbuatan itu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini, kira-kira pukul 8.30 malam, 8 Mei lepas.

Bagaimanapun, Nik Nazmi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Sementara itu, Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang kemudiannya mendengar kes berkenaan menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa dokumen perbicaraan telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Nik Nazmi, yang diwakili peguam Shah Redzan Johan dan Adi Mohd Noor, didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan