Abdul Halim Kekal Setiausaha Agung MTUC - Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis memutuskan penyingkiran Abdul Halim Mansor sebagai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu di dalam kamar, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak iaitu peguam D. Kalai yang mewakili Abdul Halim selaku plaintif dan peguam P. Mithran mewakili defendan, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Kalai memberitahu wartawan bahawa Hadhariah juga memutuskan plaintif masih lagi Setiausaha Agung MTUC sehingga pengundian jawatan sama diadakan dalam Mesyuarat Perwakilan kongres itu yang dibuat setiap tiga tahun.

Abdul Halim dilantik selaku setiausaha agung MTUC oleh Majlis Am pertubuhan itu pada 3 Mac lepas.

Kalai juga berkata dengan keputusan itu, pelantikan N. Gopal Krishnan sebagai Setiausaha Agung menggantikan Abdul Halim adalah tidak sah dan terbatal.

Katanya mahkamah juga membenarkan deklarasi yang dipohon Abdul Halim bahawa beliau berhak menjalankan semula tugasnya di MTUC sebagai Setiausaha Agung berdasarkan Perkara 10 (4) dan 10 (5) Perlembagaan MTUC.

Beliau berkata mahkamah memerintahkan Mohd Khalid, yang dinamakan selaku pegawai awam mewakili kongres itu dalam saman tersebut, membayar kos RM6,000 kepada Abdul Halim.

Kalai berkata Abdul Halim disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Perkara 10 (5) Perlembagaan MTUC iaitu tempoh pelantikan jawatan itu hanyalah untuk dua tahun.

Bagaimanapun beliau berkata mengikut Perkara 10 (4) Perlembagaan pertubuhan itu seorang Setiausaha Agung dipilih menerusi Persidangan Perwakilan MTUC setiap tiga tahun.

"Kita (plaintif) mentafsirkan tempoh jawatan tersebut adalah bagi tempoh tiga tahun, selepas mahkamah mengkaji pindaan perlembagaan MTUC, mahkamah bersetuju tempoh jawatan itu harus tiga tahun dan tempoh dua tahun adalah ralat dalam perkara 10(5) Perlembagaan MTUC," katanya.

Sementara itu, Mithran ketika ditemui enggan memberi komen mengenai keputusan berkenaan dan pihaknya belum lagi memutuskan sama ada mahu membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Abdul Halim dan Mohd Khalid adalah anggota Jawatankuasa Kerja MTUC bagi sesi 2011-2013. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan