William Turun Kereta Cari Emak Kerana Adik Perempuan Menangis - Saksi

Diterbitkan: Rabu, 29 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Abang kepada William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak berusia enam tahun yang mayatnya ditemui terapung berhampiran sebuah jeti Januari lepas, memberitahu Mahkamah Koroner William turun dari kereta kerana adik perempuan mereka menangis mencari emak.

Saksi ke-20 itu berkata pada hari kejadian, William turun untuk mencari ibu mereka, Goh Ying Ying, 26, meskipun sudah dipesan bapa, Yau Kok Kang, 33, supaya tidak berbuat demikian.

"Sebelum turun, ayah pesan supaya tunggu dalam kereta, jaga adik-adik, jangan turun dari kereta dan tidak membuka pintu kereta... nanti ada orang lain masuk," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt yang membantu Koroner Mohd Hezri Shaharil pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian William.

Mayat William ditemui 24 Januari lepas di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya setelah dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Abang kepada William yang hadir ke mahkamah bersama ibunya, memaklumkan bahawa adiknya itu membuka pintu kereta dengan menekan butang 'lock', walaupun kereta itu telah dikunci bapa sebelum meninggalkan mereka bertiga.

Kanak-kanak itu juga memberitahu jarak masa antara William turun dari kereta dan ibu bapanya kembali ke kereta hanya sekejap, iaitu kira-kira dua minit.

Terdahulu, kanak-kanak itu memberitahu beliau menyayangi semua anggota keluarganya, termasuk William.

Beliau berkata keluarganya mempunyai lima anggota termasuk ayah, ibu, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

Ketika ditanya Koroner Mohd Hezri, kanak-kanak itu berkata beliau merindui William.

"Emak dan ayah cakap adik bersama Dewi Guan Yin, tempat itu terletak di langit dan sangat jauh," katanya.

Prosiding inkues bersambung Jumaat ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan