Empat Individu Didakwa Edar 35 Kg Dadah

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis amphetamin seberat 35kg, 14 Mei lepas.

Tiada pertuduhan direkodkan daripada Yeow Jin Chua, 46, Muhammad Nur Irwan Goh Abdullah, 48, Lim Pung Yin, 40, dan Eva Damanayati, 26, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhd Najib Ismail.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah dalam kebun di Bukit Batu Itam, di sini, pada pukul 11 malam.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang kepada semua tertuduh melantik peguam. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan