Ahli Parlimen Ipoh Timur & Setiausaha PKR Perak Didakwa Gagal Patuhi Akta Perhimpunan Aman

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su Keong Siong, 47, didakwa di bawah Seksyen 9 (1) 2012 di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin berhubung kegagalan untuk memaklumkan kepada ketua polis daerah tentang perhimpunan yang diadakan di Ipoh dalam masa sekurang-kurangnya 10 hari sebelum acara itu diadakan.

Su, didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Mei pada pukul 7.30 malam di Dewan Wisma Chin Woo, No 36, Jalan Hussein, Ipoh.

Setiausaha PKR Perak Mohammad Anuar Zakaria, 46, turut didakwa di mahkamah yang sama di bawah seksyen yang sama untuk perhimpunan berbeza.

Mohammad Anuar didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Mei pada pukul 7.30 malam, di hadapan pejabat PKR, No 10, Jalan Medan Istana, Ipoh.

Dalam kedua-dua kes, Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan 19 Julai untuk sebutan kes.

Gobind Singh mengetuai 10 peguam untuk Su, manakala Baldip Singh, Mahdi Hassan dan Ranjit Singh mempertahankan Mohamad Anuar.

Timbalan Pendakwa Raya ialah Masri Mohd Daud dan Fadhli Abdul Wahab.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan