Anggota Parlimen Pandan Akan Dibicarakan Bagi Tuduhan Langgar Bafia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen bagi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan itu.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata rayuan itu tidak mempunyai merit.

"Dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai bukti," katanya.

Apandi juga memerintahkan perbicaraan kes ini dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Kes ini akan disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.

Pada pendengaran rayuan itu Khamis, peguam R.Sivarasa, yang mewakikili Rafizi, berkata tuduhan terhadap anak guamnya itu patut diketepikan atas alasan ia bercanggah dengan dasar awam.

Katanya pendakwaan terhadap Rafizi, 37, atas tuduhan melanggar Bafia adalah bersifat menindas dan menyalah guna proses mahkamah, manakala pendakwa raya pula mempunyai niat jahat apabila mendakwanya.

Apandi memberitahu Sivarasa bahawa pendakwa raya, yang juga Peguam Negara, diberi kuasa budi bicara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya walaupun mahkamah itu mempunyai kuasa, termasuk di bawah Kanun Aturcara Jenayah, untuk mengetepikan tuduhan, tetapi ia mestilah bagi keadaan khusus dan tertentu sahaja.

Timbalan Pendawka Raya Nahra Dollah tidak memberi sebarang hujah secara lisan tentang kenyataan panel itu bahawa mereka telah membaca hujah bertulis yang dikemukakan pihak pendakwa dan Rafizi.

Pada Ogos tahun lepas, Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan empat dokumen mengandungi profil pelanggan Public Bank berhubung ringkasan imbangan NFC, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Beliau didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media Yusuf Abdul Alim dan pemberita akhbar 'The Star', Erle Martin Carvalho di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac tahun lepas.

Pada 10 September tahun lepas, Rafizi, yang juga pengarah strategi PKR, memfailkan permohonan untuk mengetepikan tuduhan itu.

Apabila permohonan itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 23 November tahun lepas, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Sivarasa memberitahu pemberita pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan