Pengasuh Dituduh Sebabkan Kecederaan Bayi Tujuh Bulan

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Selasa terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan tahun lepas.

Norzela Che Mod, 31, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Subang Jaya dekat sini pada pukul 4 petang, 2 Okt 2012. Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda hingga RM20,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah mencadangkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin, tetapi Norzela, yang tidak diwakili peguam, meminta mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan dia mempunyai banyak tanggungan terhadap keluarga.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid mengenakan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun sebagai tarikh sebutan kes.

Di mahkamah sama, seorang peniaga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan teruk terhadap seorang pengawal keselamatan dengan sebilah parang pada 1 Mei.

Norazman Abu Yaziz, 43, dituduh mencederakan tapak tangan kiri Rosalan Ajarudin, 32, di sebuah kafe siber di Jalan Permai, Taman Puchong Permai, Batu 13, Puchong, di sini pada pukul 6 pagi hari berkenaan.

Norazman, yang tidak diwakili peguam, dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukumn penjara hingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ahmad Solihin memerintahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun sebagai tarikh sebutan kes. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan