Felda Gagal Dapat Perintah Penghakiman Ingkar Terhadap Saifuddin

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) gagal memperoleh perintah penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kes saman fitnah berhubung kenyataan penjualan minyak sawit.

Pesuruhjaya Kehakiman Leng Heng Cheong membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Abu Bakar Isa Rahmat yang mewakili Felda, peguam Puspawati Rosman serta Azhana Mohd Khairuddin, masing-masing mewakili Saifuddin dan enam defendan lain.

Abu Bakar memaklumkan media bahawa mahkamah menetapkan tujuh hari sebelum 29 Mei ini untuk Saifuddin mengemukakan pembelaan manakala Felda dibenar memfailkan jawapannya sebelum 7 Jun.

Felda memfailkan permohonan untuk perintah penghakiman ingkar terhadap Saifuddin pada 5 April selepas beliau gagal mengemukakan memorandum kehadiran di mahkamah dalam kes saman fitnah oleh Felda terhadapnya dan enam yang lain.

Defendan lain sudahpun memfailkan memorandum kehadiran dan pembelaan masing-masing.

Pada 7 Januari lepas, Felda memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Saifuddin dan empat lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.

Empat defendan lain ialah Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

Penyataan tuntutan Felda mendakwa Mazlan memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial Facebook miliknya pada 19 November tahun lepas, dan empat hari selepas itu, defendan turut mengeluarkan kata-kata fitnah pada satu perhimpunan di depan pejabat Felda.

Felda mendakwa kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel dalam akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas.

Felda mendakwa kenyataan fitnah itu menjejas reputasinya dan kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan serta keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Sehubungan itu, Felda menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos daripada semua defendan.

Felda juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Mazlan dan ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah itu di Internet atau media cetak.

Pembelaan enam defendan mendakwa Felda tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk memfailkan saman fitnah terhadap mereka.

Selain itu, mereka akan bergantung kepada perlindungan bersyarat serta ulasan wajar berkaitan perkara yang mempunyai kepentingan awam itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan