Wan Muhammad Azri Nafi Dirinya 'Papa Gomo'

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada Isnin di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan