Lelaki Rakyat Singapura Dipenjara Tujuh Hari Kerana Pandu Kereta Secara Melulu

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki rakyat Singapura dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memandu kereta secara melulu dan membahayakan orang awam sehingga menyebabkan pelanggaran dengan motosikal polis pengiring Sultan Johor Sultan Ibrahim, pada Isnin.

Majistret Noor Farhana Mohd Shanif turut menetapkan Benjamin Lourdes, 30, dihukum penjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Lourdes didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran SGE3601L secara melulu sehingga menyebabkan pelanggaran dengan motosikal polis pengiring Sultan Johor bernombor pendaftaran WSF 1047 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, kira-kira pukul 1.40 petang, semalam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM15,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norina Zainol Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan