Zoo: Majlis Perbandaran Kemaman Peroleh Penghakiman Ingkar

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada Isnin berjaya memperoleh penghakiman ingkar terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) berhubung saman fitnah membabitkan Zoo Bukit Takal, Terengganu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop merekodkan penghakiman itu dalam kamar dan membenarkan permohonan MPK bagi mendapatkan ganti rugi am dan khas.

Peguam Azwan Abdul Wahab memberitahu pemberita bahawa Hakim Rosilah turut menetapkan kos sebanyak RM2,000 dan 13 Jun untuk mendengar hujahan berhubung taksiran.

Pada 22 Mac lalu, MPK memfailkan saman terhadap PAS dengan menuntut sebanyak RM5 juta kerana mendakwa PAS mengedarkan risalah berunsur fitnah dan palsu berhubung Zoo Bukit Takal, Terengganu.

Dalam prosiding sebelum ini, PAS gagal memasukkan kehadiran walaupun telah diperintah berbuat demikian. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan