Kes Bunuh Eksekutif TV9 Disebut Semula 26 Jun

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak yang didakwa membunuh isterinya, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas pihak pembelaan belum menerima laporan bedah siasat daripada pihak pendakwaan.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan, yang mewakili tertuduh, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata laporan itu dijangka akan diterima minggu ini.

"Selepas itu, saya akan menghantar representasi kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan ke atas anak guam saya," katanya.

Norazman Bashah, 32, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan