Nik Nazmi Didakwa Anjur Perhimpunan Haram Tanpa Kebenaran

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hadir ke Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada Jumaat atas dakwaan berhubung Perhimpunan Program Penerangan Negeri Selangor pada 8 Mei lepas. -FOTO BERNAMA
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hadir ke Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada Jumaat atas dakwaan berhubung Perhimpunan Program Penerangan Negeri Selangor pada 8 Mei lepas. -FOTO BERNAMA

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas dakwaan gagal memberi notis 10 hari lebih awal kepada pihak polis sebelum menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Kelana Jaya dekat sini pada pukul 8.30 malam pada 8 Mei lalu.

Nik Nazmi, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Rozina Ayob.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.

Nik Nazmi didakwa di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan berhadapan dengan denda maksimum RM10,000 jika didapati bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mewakili pasukan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan