Dua Bekas Penguatkuasa KPDNKK Didenda RM5,000 Kerana Terima Rasuah RM800

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua bekas penguatkuasa masing-masing dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM800, tahun lepas.

Mohd Azlin Kamaruddin, 30 dan Alias Deraman, 34, dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) didakwa menerima wang suapan itu daripada seorang penjual cakera optik dan permainan konsul.

Hakim M. Bakri Abdul Majid berkata, kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh adalah serius dan perlu menerima balasan yang setimpal tetapi hukuman berbentuk pemulihan harus juga diberikan kepada mereka.

"Mahkamah berpendapat penjara bukan satu pilihan yang patut diterima oleh mereka kerana ia merupakan kesalahan pertama," katanya.

Mohd Azlin mengaku telah menerima rasuah RM800 daripada Chun Kin Wai, 27, tanpa balasan, di tandas awam Tingkat Bawah Pasaraya AEON, Bandar Mahkota Cheras, pada pukul 4.20 petang, 1 Oktober 2012.

Alias pula mengaku bersubahat dengan Mohd Azlin untuk menerima RM800 di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam Surya Putra Taulan, yang mewakili Mohd Azlin, memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah insaf dan pengakuan bersalahnya juga sudah menjimatkan masa mahkamah.

Selain itu, katanya, anak guamnya itu perlu menanggung tiga anak kecil serta menjaga ibunya yang kini sakit tua.

Muhammad Faiz Fadzil, yang mewakili Alias merayu mahkamah supaya anak guamnya hanya dikenakan denda dan tidak dipenjarakan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon mahkamah memberikan hukuman yang berbentuk pengajaran supaya penjawat awam tidak mengikuti jejak langkah mereka berdua. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan