Adun Sri Muda Gagal Ketepikan Tuduhan Menghasut

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menolak rayuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya.

Mat Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.

Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.

"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini," kata Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Abdul Malik memerintahkan Mat Suhaimi, 45, menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Jun, yang ditetapkan sebagai tarikh sebutan kesnya.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan Mat Shuhaimi menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Abdul Malik meluluskan permohonan penangguhan itu, yang dikemukakan Mat Shuhaimi melalui peguamnya Edmund Bon dan tidak dibantah timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenakan pertuduhan berkenaan pada 2011 kerana menyiarkan tulisan bersifat menghasut dalam blognya srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baharu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Disember 2010.

Mat Suhaimi boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Pada 1 April 2011, beliau memfail notis usul di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memohon mengetepikan tuduhan menghasut itu dengan memberi alasan Akta Hasutan yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya, tidak sah di sisi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak kebebasan bersuara.

Pada 26 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Mat Shuhaimi untuk mengetepikan tuduhan berkenaan.

Susulan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan