Mustapa Peroleh Injunksi Sementara Halang Husam Keluarkan Kenyataan Fitnah

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada memperoleh perintah injunksi sementara menghalang Datuk Husam Musa dan empat lagi daripada terus menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya berhubung saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin membuat perintah itu dalam kamarnya selepas berjumpa peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mustapa dan Azhana Mohd Khairuddin mewakili kelima-lima defendan.

Muhammad Shafee memberitahu media bahawa mahkamah membenarkan permohonan perintah injunksi sementara itu kepada anak guamnya sehingga inter-parte injunksi didengar pada 17 Julai ini.

Azhana pula berkata, anak guamnya akan menfailkan afidavit berhubung permohonan injunksi itu.

Pada 22 April lepas Mustapa menfailkan saman fitnah terhadap Husam yang ketika itu Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, parti PAS, Setiausaha Agung PAS yang juga pemegang permit akhbar Harakah Datuk Mustafa Ali, ketua pengarang dan pengarang http:/harakahdaily.net. Zulkifli Sulong dan Azmi Yusof sebagai defendan pertama hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mustapa mendakwa Husam pada 23 Mac lepas dalam ceramah politiknya di Tapak Expo Machang, Kelantan, telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung saham FGVH.

Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli mendakwa sehari selepas itu defendan kedua (PAS) bersama defendan-defendan lain telah menerbitkan perkataan fitnah itu dalam laman sesawang harakahdaily.net. yang boleh diakses berjuta-juta pengguna laman itu.

Mustapa, 63, berkata kenyataan fitnah itu antara lain bermaksud beliau adalah seorang pemimpin dan ahli politik yang korup dan tidak berkredibiliti dan ahli politik yang menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin-pemimpin Umno.

Akibat kenyataan fitnah itu, beliau mendakwa reputasinya secara peribadi dan profesional telah terjejas teruk dan dimalukan.

Beliau memohon ganti rugi untuk libel, tambahan dan teladan dan juga perintah injunksi menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan fitnah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan