Tiga Kemungkinan Punca Kematian William - Pakar Perubatan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Koroner diberitahu terdapat tiga kemungkinan punca kematian William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak yang ditemui tersangkut pada sebuah jeti di Pelabuhan Klang, Januari lepas.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Nur Ayutimasery Abdullah, 38, berkata punca kematian kanak-kanak itu kemungkinan disebabkan terkena hentakan kuat di kepala yang boleh menyebabkan kematiannya.

"Keduanya, dia (William) terjatuh dalam longkang yang berair, lemas dan mati dan ketiganya, mangsa terjatuh ke dalam longkang, terhentak kepala dan mati," katanya semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt pada prosiding inkues kematian William di sini Khamis.

Mayat William, 6, ditemui pada 24 Januari lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya setelah dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Bagaimanapun, ketika ditanya selanjutnya oleh Lee sama ada William mungkin mati lemas, saksi inkues ke-12 itu berkata perkara itu tidak boleh berlaku kerana bagi mengesahkan seseorang itu mati lemas, akan terdapat perubahan pada paru-paru seperti berair dan kembung.

"Selain itu terdapat buih-buih halus yang banyak pada saluran pernafasan sehingga keluar melalui hidung dan mulut tetapi dalam kes ini semuanya tidak terdapat kerana mayat telah mereput," katanya.

Dr Nur Ayutimasery berkata terdapat tiga kecederaan serius yang dialami William iaitu keretakan pada tengkorak, tulang rusuk kanan dan tulang keting kanan mangsa.

"Kerentakan pada tengkorak mangsa mungkin berlaku disebabkan hentakan yang kuat oleh objek tumpul dan keras," katanya.

Selain itu, Dr Nur Ayutimasery berkata semasa menjalankan pemeriksaan luar ke atas mayat William, beliau mendapati kulitnya sudah tertanggal terutama pada bahagian tangan dan kaki manakala warna jasad juga berubah kehitaman di bahagian atas badan.

"Berdasarkan pada perubahan badan mangsa itu, dapat disimpulkan bahawa William meninggal dunia lebih kurang seminggu sebelum tarikh dan waktu bedah siasat dijalankan," katanya.

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Mohd Hezri Shaharil bersambung Isnin depan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan