PKFZ: Mahkamah Tolak Permohonan Penangguhan Singkat

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan lisan bagi penangguhan singkat untuk tarikh baharu bagi membolehkan pihak pendakwaan mempertimbangkan representasi bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kes tipu yang dihadapinya berkaitan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim berkata Chan didakwa pada 28 Februari 2011 dan orang ramai tidak harus beranggapan bahawa mahkamah telah menangguhkan perkara itu dengan membenarkan permohonan berkenaan bila-bila masa apabila permohonan dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Beliau menetapkan empat hari mulai 19 Ogos untuk memulakan perbicaraan kes itu.

"Saya berkewajipan untuk memastikan tiada lagi penangguhan berhubung perkara ini dan (tiada) persepsi salah oleh orang awam mengenai badan kehakiman.

"Rekod mahkamah menunjukkan representasi telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 20 Mac tahun lepas dan ia lebih kurang setahun dan dua bulan, namun tiada keputusan berhubung perkara ini," kata Zamani yang jelas kecewa selepas Timbalan Pendakwa Raya C. Vignesh Kumar berkata pendakwaan memerlukan tempoh singkat untuk tarikh baharu sebelum membuat keputusan akhir berhubung permohonan itu.

Zamani dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berkata beliau malah melapangkan Datuk Nordin Hassan, yang mengetuai pendakwaan kes pencerobohan di Sabah, dengan mengosongkan kes itu, yang ditetapkan untuk sebutan bulan lepas.

"Saya memberi keutamaan kepada perkara ini hari ini dan berharap pihak pendakwaan memaklumkan keputusan berhubung representasi dan memudahkan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan, jika pihak pembelaan gagal dalam permohonan mereka," kata Zamani.

Sementara itu, Chan yang diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan memberitahu mahkamah pihak pembelaan juga berkongsi sentimen yang sama seperti yang dinyatakan oleh hakim dan tidak membantah untuk penangguhan singkat berhubung tarikh itu.

Beliau (Tan) juga mengemukakan sijil cuti sakit Chan yang tidak hadir ke mahkamah pada Jumaat.

"Sama ada pihak pembelaan berjaya atau tidak untuk permohonan representasi, saya telah memutuskan untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes ini," tegas Zamani bahawa beliau tidak boleh lagi bertolak ansur untuk sebarang permohonan penangguhan.

Beliau juga mengarahkan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan menyerahkan penghujahan masing-masing sebelum 19 Ogos berhubung permohonan bekas menteri itu untuk menggugurkan pertuduhan.

Chan, 57, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan memperdayakan beliau (Abdullah) untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna bagi menjalankan pembangunan projek hab penghantaran di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.

Bekas menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di tingkat empat blok utama di pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, di sini.

Chan menghadapi hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan