Lelaki Menipu Dan Menyamar Pegawai DBKL Dihukum 30 Sebatan, Empat Tahun Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menipu orang ramai berhubung sewa rumah kos rendah yang tidak wujud disabitkan hukuman 30 sebatan dan empat tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat.

Hakim Mat Ghani Abdullah mensabitkan kesalahan itu terhadap tukang kayu, C. Komagan, 35, yang mengaku bersalah di atas 10 penipuan melibatkan beberapa keluarga yang membayarnya antara RM450 sehingga RM9,550 dengan jumlah keseluruhan RM28,392.

Komagan didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 Februari tahun lepas sehingga 15 April tahun ini di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut butiran kes, Komagan memberitahu mangsa-mangsanya bahawa dia merupakan pegawai DBKL, dan akan memberikan mereka surat tawaran untuk menyewa rumah kos rendah dengan yuran yang rendah.

Bagaimanapun, apabila mereka menelefon Komagan untuk mengambil kunci rumah, dia enggan untuk menjawab, menyebabkan kesemua mereka mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.

Apabila mangsa membuat pemeriksaan dengan DBKL, mereka diberitahu bahawa dewan bandaraya itu tidak pernah mengambil Komagan sebagai pekerja.

Kesemua mangsa kemudiannya membuat laporan polis sehingga Komagan ditahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal meminta mahkamah supaya mengurangkan hukuman yang setimpal, sambil menyatakan bahawa ia sebagai amaran kepada orang ramai untuk tidak terpedaya dengan skim seumpama itu.

“Semua orang mahu memiliki rumah sendiri, tetapi mereka perlu tahu bahawa tiada jalan pintas untuk mendapatkannya,” kata Amira Sariaty, sambil menambah bahawa Komagan perlu dihukum kepada menipu mangsa.

Komagan yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman diringankan, sambil berkata bahawa dia menyewa rumah keluarganya.

Dia berkata, dia merupakan satu-satunya yang menanggung keluarganya, dan ahli keluarganya tidak mampu menyewa rumah itu sekiranya dia dipenjarakan.

Hakim Mat Ghani berkata, hukuman itu mengambil kira berdasarkan rayuan Komagan dan dia telah menjimatkan masa mahkamah dengan mengaku bersalah.

Mahkamah mensabitkan Komagan dengan tiga sebatan dan empat tahun penjara, yang berjalan serentak, untuk setiap satu bagi 10 dakwaan.

“Oleh kerana ini merupakan jenayah kolar putih, anda akan disebat menggunakan rotan yang akan digunakan untuk merotan di sekolah, dan bukan yang sama seperti digunakan untuk jenayah ganas,” kata Hakim Mat Ghani kepada Komagan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan