Empat Pencarum Didenda Kerana Tipu Pengeluaran KWSP

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan tindakan undang-undang kerana kesalahan menipu pengeluaran simpanan antara Januari hingga Mac tahun ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata kesemua pencarum itu didapati bersalah dan didenda sejumlah RM6,200 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59 Akta KWSP 1991.

"Mereka berhadapan dengan hukuman penjara sehingga tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Mengikut Akta KWSP, anggota yang didapati bersalah melakukan penipuan pengeluaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Nik Affendi mengingatkan pencarum bahawa simpanan KWSP adalah untuk tujuan persaraan dan tidak boleh dimanipulasi bagi tujuan tertentu.

Beliau turut meminta anggota KWSP supaya tidak dipengaruhi sindiket yang menawar untuk membantu mereka mengeluarkan simpanan KWSP secara penipuan kerana ini adalah kesalahan yang serius daripada segi undang-undang.

Anggota KWSP yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penipuan diminta menghubungi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan