Dadah: Warga Nigeria Dihukum Penjara 15 Tahun, 10 Sebatan

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang lelaki warga Nigeria dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi kerana mengedar 181.4 gram dadah jenis methamphetamine atau syabu, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Ebenezer Kingsley, 21, di akhir kes pembelaan.

Kingsley didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kolej Lagenda Mantin dekat sini pada 2 pagi 26 Jan 2011 mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam B.G.Jayaprakash Rao.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan