Mahkamah Tetapkan 25 Jun Dengar Bantahan Awal Permohonan Senator Australia

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Jun sebagai tarikh untuk mendengar bantahan awal Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan senator Australia Nick Xenophon untuk membatalkan notis yang dikeluarkan Ketua Pengarah Imigresen menyekatnya daripada memasuki Malaysia hampir tiga bulan lepas.

Timbalan pendaftar Diana Md Razali menetapkan tarikh itu setelah mengadakan perjumpaan dengan peguam Ranjit Singh yang mewakili Xenophon dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, yang mewakili responden (ketua pengarah imigresen).

Suzana memberitahu pemberita bahawa Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan itu dengan alasan ia merupakan permohonan remeh oleh plaintif.

Xenophon memfailkan permohonan itu pada 11 April dengan memberi alasan responden tidak mengambil kira fakta yang relevan mengenai kunjungannya ke Malaysia dan membuat keputusan yang amat tidak adil serta tidak sejajar dengan undang-undang.

Senator itu berkata kedatangannya ke Malaysia adalah untuk mengambil bahagian dalam dialog yang tidak bersifat partisan dan mendakwa responden telah bertindak dengan menggunakan asas politik, bukan berasaskan lunas undang-undang.

Xenophon berkata keputusan Ketua Pengarah Imigresen menghalangnya daripada memasuki Malaysia pada 16 Februari tahun ini adalah bercanggah dengan peraturan keadilan asasi kerana tidak memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan tentang tujuan lawatannya.

Selain memohon perintah untuk mengetepikan notis bertarikh 16 Feb yang dikeluarkan responden bagi menghalangnya daripada memasuki negara ini, senator itu juga memohon perintah agar responden memberi kebenaran kepadanya untuk memasuki Malaysia. Beliau juga menuntut ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan