Mahkamah Kekalkan Keputusan Terhadap Pengawal Keselamatan Terlibat Dalam Perhimpunan Hindraf

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Selasa menolak rayuan seorang pengawal keselamatan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan terlibat dalam perhimpunan haram Hindraf pada 2007.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geak Abdullah memutuskan sabitan dan hukuman ke atas M. Murugan, 49, kekal selepas mendengar rayuan bagi pertuduhan terhadapnya.

Dalam penghakimannya, Amelia berkata Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf ketika mensabitkan Murugan selaku perayu pada 23 September 2011.

Beliau turut menyatakan hakim terbabit tidak terkhilaf ketika menjatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM2,000 terhadap Murugan.

Murugan membayar denda itu.

Pada prosiding Selasa, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dia Isda Yazmin Ismail manakala perayu diwakili peguam bela, M. Visvanathan.

Selepas mahkamah membuat penghakiman tersebut, peguam itu memaklumkan pihaknya akan memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pengawal keselamatan itu memfailkan rayuan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen pada 23 September 2011 yang mensabitkannya dengan kesalahan menyertai perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) antara 7 pagi dan 9 pagi, 25 Julai 2007 di persimpangan Jalan Ampang dekat sini.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum menurut Seksyen 27(8) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM2,000 serta tidak melebihi RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun.

Perayu terbabit merupakan antara 23 peserta perhimpunan yang didakwa atas kesalahan sama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan