Wakil Calon PAS Mengaku Tidak Bersalah Kunci Peti Undi

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azahari Ismail (dua, kiri) wakil kepada calon PAS bagi kawasan Parlimen Telok Kemang pada Pilihan Raya umum Ke-13 (PRU-13), keluar dari Mahkamah Majistret di Port Dickson selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengunci sembilan peti undi di Pusat Mengundi Dewan Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Selasa lepas.
Azahari Ismail (dua, kiri) wakil kepada calon PAS bagi kawasan Parlimen Telok Kemang pada Pilihan Raya umum Ke-13 (PRU-13), keluar dari Mahkamah Majistret di Port Dickson selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengunci sembilan peti undi di Pusat Mengundi Dewan Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Selasa lepas.

PORT DICKSON Seorang wakil kepada calon PAS bagi kawasan Parlimen Telok Kemang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan mengunci sembilan peti undi di Pusat Mengundi Dewan Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Selasa lepas.

Azahari Ismail, 46, yang bekerja di MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo), Lapangan Terbang Antara Kuala Lumpur (KLIA), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M. Mageshwary.

Mengikut pertuduhan, Azahari didakwa mengganggu dengan mengunci sembilan peti undi menggunakan sembilan mangga jenama Yunxian, di Pusat Mengundi Dewan Hangar, PUSASDA, antara pukul 7.00 malam dan 7.10 malam, 30 April 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Pilihan Raya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Mageshwary kemudiannya membenar Azahari diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa dan Hazwan Mohd Nor.

Akhbar pada Khamis melaporkan seorang wakil PAS bagi kawasan Parlimen Telok Kemang mengunci sembilan peti undi selepas proses pengundian awal di PUSASDA di sini Selasa lepas.

Pada PRU13 Ahad ini, kawasan Parlimen Telok Kemang menyaksikan calon Barisan Nasional Datuk V.S Mogan dicabar penyandang Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada PKR, dan calon Bebas Datuk Kumaravel Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan