Ejen Insurans Didakwa Tipu Pegawai Pentadbiran RM350, 000

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap pertuduhan menipu seorang pegawai pentadbiran bagi tujuan pelaburan membabitkan RM350,000 dua tahun lepas.

S. Subbarao, 33, didakwa menipu pegawai berusia 34 tahun itu dengan memperdayakan lelaki berkenaan melalui tawaran pelaburan FOREX bahawa dia (tertuduh) akan melaburkan wang bagi pihak mangsa, dan memintanya mendepositkan wang RM350,000 melalui sekeping cek Affin Bank bertarikh 17 Nov 2011.

Subbarao didakwa melakukan perbuatan itu di Kuala Lumpur City Centre, Jalan Ampang dekat sini pada 17 Nov 2011 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Jayananda Rao yang mewakili Subbarao memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai tiga anak dan merupakan penanggung tunggal keluarga.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan