Berita Kaitkan Anwar Dengan Pencerobohan Berdasarkan Laporan Perisikan - Defendan

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Akhbar Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulannya dalam pernyataan pembelaan menyatakan berita yang mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan bersenjata di Sabah, dilaporkan akhbar itu berdasarkan laporan perisikan pihak keselamatan Malaysia dan Filipina serta media antarabangsa.

Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak juga menjelaskan bahawa akhbar itu merupakan akhbar arus perdana yang menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada pembaca, serta defendan mempunyai obligasi dari segi moral dan undang-undang seperti mana dilaporkan.

Selain itu, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu merupakan isu kepentingan awam yang wajar dikongsi dengan masyarakat negara ini.

Kedua-dua defendan juga menyatakan bahawa plaintif tidak mematuhi kehendak Aturan 18 Kaedah 12(1A) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, iaitu kuantiti apa-apa tuntutan bagi ganti rugi am tidak boleh dinyatakan.

Defendan mendakwa motif plaintif memfail saman fitnah ialah untuk kepentingan politik dan bukannya untuk membersihkan nama beliau. Anwar, 65, memfail saman fitnah menuntut RM100 juta pada 8 Mac lalu dengan menamakan Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti TV3 dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Shaharudin Latif sebagai defendan ketiga dan keempat.

Sementara itu Pengarang Berita Buletin Utama Ing Boon Seng dinamakan sebagai defendan terakhir.

Defendan ketiga hingga lima dalam pernyataan pembelaan pula berkata program berita yang disiarkannya berdasarkan fakta-fakta yang boleh dipercayai dan dilaporkan demi kepentingan umum serta berniat baik.

Ketiga-tiga defendan berkenaan meminta mahkamah agar menolak tuntutan plaintif atas alasan beliau tidak berhak kepada sebarang remedi atau relif seperti mana yang dituntutnya.

Dalam perkembangan berkaitan Hakim Rosilah Yeop menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga hari, bermula 9 Disember depan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan