Penarik Kereta Didakwa Peras Ugut Jurutera IT

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa terhadap pertuduhan memeras ugut RM30,000 daripada seorang jurutera teknologi maklumat (IT), bulan lepas.

S. Thiyaku, 24, bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa memeras ugut H.K. Velan Hari Om, 32, bagi tujuan menakutkannya supaya menyerahkan wang itu di Stesen Minyak Shell, Jalan Ipoh di sini antara 10 pagi dan 5.30 petang pada 29 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menculik Velan Hari Om dengan niat hendak mengurungnya secara rahsia pada masa dan di tempat sama, mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping manakala tertuduh diwakili peguam Tharamjit Singh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan