Kickdefella Diperintah Jawab Saman Husam Selewat-Lewatnya 22 Mei - Berita Mahkamah | mStar

Kickdefella Diperintah Jawab Saman Husam Selewat-Lewatnya 22 Mei

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Syed Azidi Syed Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz diberi tempoh hingga 22 Mei untuk menjawab saman fitnah yang difailkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berhubung dakwaan beliau telah menyalahgunakan kuasa semasa menjadi anggota Exco Kelantan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong memerintah penulis blog itu, yang dikenali sebagai Kickdefella, supaya memfailkan kenyataan bela dirinya sebelum 22 Mei selepas mengadakan perjumpaan dengan pihak terbabit di dalam kamarnya.

Anis Afiqah Che Rahim, peguam yang mewakili Syed Azidi, memberitahu pemberita bahawa mahkamah juga menetapkan 5 September sebagai tarikh untuk mendengar saman itu.

Pada 21 Februari tahun ini, Husam, yang menyandang jawatan naib presiden PAS, memfailkan saman terhadap penulis blog itu kerana menyiarkan satu kenyataan fitnah dalam akhbar Sinar Harian edisi Kelantan bertarikh 25 Julai tahun lepas.

Dalam kenyataan tuntutannya, Husam berkata kenyataan itu disiarkan dengan niat jahat dan merosakkan maruah, kredibiliti dan nama baiknya.

Husam menuntut ganti rugi RM10 juta, perintah yang menghalang defenden daripada memberi komen atau menyiarkan kenyataan bersifat memfitnah terhadapnya dan permohonan maaf oleh defenden dalam akhbar Sinar Harian. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan