Empat Didakwa Di Mahkamah Majistret Esok Atas Kesalahan Berkaitan Pilihan Raya

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Empat lelaki akan didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret di Alor Setar, Gerik dan Bukit Mertajam pada Selasa berhubung kesalahan berkaitan dengan pilihan raya, kata Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah, seorang lelaki akan didakwa berhubung tuduhan melakukan khianat dengan api menyebabkan kebakaran ke atas 15 bendera parti politik.

Seorang lagi lelaki akan didakwa di Bukit Mertajam, Pulau Pinang terhadap tuduhan menakutkan secara jenayah terhadap mangsa manakala dua orang lagi akan didakwa di Gerik, Perak kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan menggunakan kayu.

Bercakap pada sidang media di Jabatan Peguam Negara di sini Isnin, Tun Abdul Majid berkata sebanyak 262 kes diarahkan siasatan lanjut.

Mengenai kejadian letupan bom di ceramah anjuran Barisan Nasional di Nibong Tebal, Pulau Pinang 24 April lepas, beliau berkata siasatan awal tidak menunjukkan apa-apa kaitan antara tiga suspek dengan kejadian itu.

Tiga lelaki berumur antara 25 dan 41 tahun yang ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu, telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.

Mengulas pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, Jumaat lepas di sini, Tun Majid berkata Jabatan Peguam Negara belum menerima kertas siasatan berhubung kejadian itu kerana kes itu baru berlaku. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan