Pengarah Syarikat Didakwa Tipu Kakitangan Kementerian Pertahanan

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap enam pertuduhan menipu pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan berhubung khidmat pembaikan pelancar peluru berpandu enam tahun lepas.

Ab. Rahim Ghalim, 55, pengarah Syarikat ARG Sdn Bhd, didakwa menipu pegawai dan kakitangan kementerian itu dengan memperdaya mereka untuk mempercayai syarikat itu telah melaksanakan khidmat pembaikan enam pelancar peluru berpandu.

Perbuatan itu telah mendorong pegawai dan kakitangan kementerian itu membuat pembayaran yang kesemuanya berjumlah RM888,000 ke dalam akaun Affin Bank milik syarikat itu, yang mana mereka tidak akan membuat pembayaran itu sekiranya tidak diperdayakan.

Ab. Rahim yang ditangkap hari ini, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Urusan Bil, Unit Pertahanan Ruang Udara, Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini pada 5 Mac 2007.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, adiknya Baharuddin Ghalim, 54, mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan bersubahat dengan Ab. Rahim bagi tujuan sama pada masa dan lokasi sama.

Baharuddin, yang merupakan bekas pekerja Ab. Rahim, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 420 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhaida Zainal Azahar menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan iaitu mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Hakim Nursharidah Awang membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan kes. Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Lias Mohd Marzuki. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan