Bekas Pengarah Syarikat Kejuruteraan Didakwa Salah Guna Dokumen Palsu

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat berkaitan kejuruteraan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen membabitkan lebih RM9 juta, empat tahun lepas.

Malim Mohamed, 43, dari Kuantan, Pahang, yang mengaku tidak bersalah, turut berdepan dua pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan RM1.1 juta.

Hakim Murtazadi Amran BCK membenarkan Malim diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 17 Mei untuk sebutan kes.

Beliau turut mengarahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran sekali pada setiap bulan.

Bagi pertuduhan menggunakan dokumen palsu, Malim didakwa menggunakan invois dan arahan penghantaran palsu syarikat GSE Engineering Sdn Bhd bagi tujuan permohonan kemudahan pembiayaan kewangan bagi syarikat Satang Jaya Sdn Bhd berjumlah RM9,445,020 kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Trade Finance Centre, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Tingkat 1, Menara Bumiputra, Jalan Melaka, Dang Wangi pada 18 November 2009 dan 9 Feb 2010 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pecah amanah, dia didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat 1, Menara Olympia, Jalan Raja Chulan, Dang Wangi pada 11 Dis 2009 dan 25 Jan 2010 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan sebat, dan denda ,jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Malim yang juga seorang Penandatangan Sah bagi KOBAT Engineering Servis Sdn Bhd, melakukan pecah amanah membabitkan wang syarikat berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhaida Zainal Azahar menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.

Beliau turut meminta mahkamah mengenakan syarat tambahan iaitu pasport Malim diserah kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Malim diwakili peguam Adenan Ismail. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan