Lelaki Amuk Serah Diri Selepas Ditembak Dua Kali

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu diberitahu, lelaki yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyerah diri sebaik saja ditembak.

Koperal Ridzuan Megat Ahmad, 32, berkata, dia mengarahkan Khalil Afendi Abd Hamid dan pasangannya Muhdalena Ahmad sebanyak tiga kali untuk meletakkan samurai tetapi terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri apabila mereka menahannya.

Menurut Ridzuan, lelaki tersebut mengugut untuk membunuhnya apabila dia mengarahkan mereka supaya menyerah diri.

"Selepas mereka ditembak, kedua-dua mereka cedera, duduk dan lelaki tersebut berkata 'saya menyerah diri'. Tertuduh (Muhdalena) tidak berkata apa-apa," katanya kepada mahkamah.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh bagaimana dia tahu mereka cedera, Ridzuan berkata, dia melihat darah yang banyak walaupun mereka memakai pakaian gelap.

Muhdalena, 28, dan Khalil Afendi, 47, dilaporkan mengamuk sambil melibas pedang samurai dan ditembak.

Khalil terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari kini dan tangan kiri.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan