Empat Lelaki Termasuk Dua Beradik Didakwa Rompak Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang ahli perniagaan, termasuk melarikan kereta milik lelaki itu, dua minggu lepas.

S. Rajiv, 25, dan abangnya S. Vijaikanth, 28, serta A. Vicneswaran, 24, dan R. Muniandy, 44, didakwa dengan niat bersama merompak sebuah dompet mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, dua keping kad kredit, sebuah telefon bimbit, wang tunai serta Toyota Camry, yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM110,000 milik Fam Chee Ming, 46.

Mereka yang ditangkap pada 11 April lepas, didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan sebilah parang di Jalan Gembira, Happy Garden dekat sini pada 5.30 pagi, 10 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dikenakan bagi setiap tertuduh, namun peguam Tharamjit Singh yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan RM5,000 dengan alasan jumlah yang dipohon pendakwaan adalah tinggi dan membebankan keluarga mereka.

Hakim Dazuki Ali membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Mei untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan