Mahkamah Persekutuan Putuskan Loji Lynas Boleh Beroperasi Di Gebeng

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lynas Advanced Material Plant (Lamp) boleh mengendali operasi loji nadir buminya di Gebeng, Kuantan buat masa ini berikutan ketiadaan perintah penggantungan sementara lesen operasi syarikat berkenaan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara itu selepas menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan memberi perintah bagi menggantung lesen operasi Lamp sementara menunggu pendengaran semakan kehakiman mereka.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel itu, memutuskan penduduk berkenaan gagal memenuhi prasyarat Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberi kebenaran merayu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata isu itu masih hidup dalam permohonan semakan kehakiman penduduk berkenaan yang belum didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuantan.

Zulkefli juga berkata Mahkamah Rayuan sebelum ini sudah menjawab isu yang dibangkitkan penduduk terbabit.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan, memerintahkan penduduk berkenaan membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada setiap responden iaitu Lynas Malaysia Sdn Bhd dan kerajaan.

Penduduk terbabit Tan Bun Teet, 65, Syed Talib Syed Sulaiman, 61, dan Hasimah Ramli, 45 memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah penggantungan bagi menggantung lesen pengoperasian sementara (TOL) yang diperoleh Lynas sementara menunggu pendengaran semakan kehakiman.

Pada 8 Nov tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mariana Yahya menolak permohonan mereka dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 19 Dis tahun yang sama.

Dalam semakan kehakiman, mereka memohon mahkamah membatalkan keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Lembaga Pelesenan Atom (LPTA) yang memberi TOL kepada Lamp.

Sementara itu, Mahkamah Rayuan pada Isnin menolak rayuan penduduk berkenaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov tahun lepas, yang membenarkan Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia menjadi pencelah dalam semakan kehakiman.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim, yang membuat keputusan itu sebulat suara, menolak rayuan berkenaan tanpa kos. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan