Kes Saman Fitnah Wan Ahmad Terhadap Mat Sabu Didengar 21 November

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan dua hari bermula 21 Nov depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan tiga yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah pada Februari lepas.'

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Norhazira Abu Haiyan, yang mewakili Wan Ahmad dan peguam Azhana Mohd Khairuddin, yang mewakili kesemua defendan.

Azhana memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 29 Mei ini untuk kedua-dua pihak memfailkan kesemua dokumen sebelum perbicaraan kes itu pada 21 dan 22 November.

Wan Ahmad selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada 5 Mac lepas.

Selain Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defenden kedua hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Wan Ahmad mendakwa Mohamad Sabu telah mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat/ 1-3 Februari 2013 ketika ditemu ramah oleh penulis artikel itu pada 29 Januari lepas.

Beliau mendakwa Mohamad Sabu telah mengeluarkan perkataan fitnah itu bahawa beliau (Wan Ahmad) tidak boleh dipercayai kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di Sabah seperti didedahkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Wan Ahmad mendakwa perkataan fitnah itu yang dikeluarkan oleh Mohamad Sabu dan dilaporkan oleh defendan lain membawa maksud bahawa beliau (Wan Ahmad) tidak mempunyai kredibiliti dan integriti dalam menjalankan tugasnya di dalam SPR selain mendakwa beliau telah menggunakan kedudukan serta jawatannya untuk mengaburi dan menutup konspirasi jahat yang didalanginya.

Wan Ahmad berkata notis tuntutan bertarikh 7 Februari lepas telah dihantar kepada kesemua defendan supaya membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu, tetapi mereka tidak memberikan jawapan sebaliknya menerbitkan kenyataan yang seakan-akan sama di dalam akhbar Harakah edisi Jumaat/ 22-24 Februari 2013.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Wan Ahmad mendakwa reputasinya terjejas selain mendakwa kesemua defendan dengan sengaja menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda mereka sendiri.

Sehubungan itu, Wah Ahmad memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan kenyataan fitnah itu terhadapnya sama ada secara lisan, media cetak atau Internet.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh kesemua defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain-lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 2 April lepas, kesemua defendan mendakwa writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan peguamcara Wan Ahmad iaitu Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak wajar dibatalkan kerana Tetuan Hafarizam tidak mempunyai kuasa untuk mewakili anak guamnya itu.

Kesemua defendan mendakwa tindakan Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi SPR memfailkan tuntutan fitnah ke atas mereka mewujudkan kesan yang menakutkan kepada hak kebebasan bersuara kesemua defendan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan