CCTV Rakaman Nayati Dimasukkan Dalam Kereta Proton Gen 2 - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kejadian kanak-kanak lelaki Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, dimasukkan ke dalam sebuah kereta jenis Proton Gen 2.

ASP A.Sidambaram, dari cawangan D5 Ibu Pejabat Daerah Brickfields berkata rakaman itu menunjukkan kereta berkenaan berada di tempat kejadian, iaitu kira-kira 15 meter dari Kondominium Almaspuri, sejak pukul 7 pagi.

"Terdapat pergerakan dua lelaki yang tidak dapat dikenal pasti bangsa mereka keluar dari kereta tersebut," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran pada perbicaraan kes culik Nayati, 13.

Di kandang tertuduh ialah Chong Tat Siong, 24, Foong Khar Fai, 20, dan Lee Phak Seng, 25, yang didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi yang masih bebas di depan Mont Kiara International School, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields di sini pada 7.30 pagi, 27 April 2012.

Sidambaram berkata rakaman itu menunjukkan mangsa dimasukkan ke dalam kereta berkenaan pada 7.41 pagi.

"Pemerhatian selanjutnya, terdapat seorang lelaki telah berlari ke arah kereta Gen 2 berkenaan untuk menahan kereta itu. Lelaki itu sempat menendang kereta itu, namun kereta itu terus memecut," katanya.

Sidambaram berkata ketika keluar dari kondominium itu, beliau bertemu Jonathan Robert Daley, guru di sekolah antarabangsa berkenaan yang kemudian dikenal pasti sebagai lelaki yang mengejar kereta dalam CCTV.

Sementara itu, Ketua Pasukan 24 Jam Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Inspektor Mohd Aizam Mohd Razif berkata pemeriksaan ke atas sebuah kondominium di Cheras menjumpai dua barangan yang dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan.

"Satu, sebuah beg hitam yang tiada jenama terletak di tepi tangga tingkat 9 dan dua, satu puntung rokok di atas lantai di tingkat 9," katanya sambil menambah beliau menyerahkan barang kes itu kepada pegawai penyiasat Asisten Supritendan Erwanshah Abd Basir.

Perbicaraan di depan Hakim Kamardin Hashim bersambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan