Pekerja Bengkel Dipenjara 12 Bulan Sebabkan Kematian Rakan

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja bengkel dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian rakannya dengan menikam peha kiri mangsa menggunakan pisau serba guna, minggu lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan Mohd Ezuwan Mohd Sidek, 23, menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 8 April lepas.

Dia didakwa menyebabkan kematian Aszeman Jalaludin, 30, di pondok rehat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Cheras di sini antara 3 pagi dan 5 pagi pada 8 April lepas.

Pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku semasa mangsa meminta tertuduh membayar hutang RM130 dan tertuduh mahu pulang ke rumah untukmengambil wang tetapi dihalang mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran mulut dan pergelutan sebelum Mohd Ezuwan menikam peha kiri Aszeman menggunakan pisau serbaguna. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia.

Punca kematian ialah 'superfisial arteri femur'.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sarihan Abdul Shatar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana kesalahannya membabitkan jenayah serius yang menyebabkan kematian.

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia menghidap barah otak tahap dua selain ibu bapa yang menderita pelbagai penyakit termasuk serangan angin ahmar, tekanan darah tinggi dan buah pinggang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan