Kes Culik Nayati: Kereta Dihantar Ke Bengkel Untuk Sembur Semula - Saksi

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa kereta Proton Gen 2 yang didakwa digunakan dalam kes culik Nayati Shamelin Moodliar telah dihantar ke sebuah bengkel di Chemor, Perak untuk dicat semula untuk hilangkan kesan calar.

Liew Tek Foo, 29, pemilik bengkel kereta Ban Loong Car Spray and Mudguard Works berkata kereta tersebut dihantar pada April tahun lepas oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang mendakwa pemilik kenderaan tersebut.

Saksi berkata lelaki itu telah menyuruhnya menyembur semula kesan calar yang terdapat pada kereta tersebut dengan warna hitam seperti mana warna asal kenderaan itu, katanya, dan menambah beliau tidak ingat bahagian mana kesan calar itu.

Liew saksi ke-11 pendakwaan berkata demikian pada perbicaraan hari ketiga kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati, 13, di hadapan Mont Kiara International School, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields pada 7.30 pagi, 27 April 2012.

Tiga tertuduh ialah Chong Tat Siong, 24, bekerja sendiri dan dua rakannya Foong Khar Fai, 20, seorang jurujual telefon bimbit dan Lee Phak Seng, 25, seorang penganggur dan seorang lagi yang masih bebas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961, yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika disabitkan kesalahan. Saksi berkata kesan calar pada kereta tersebut telah disimen bagi meratakan semula cat dan kereta tersebut kemudian disimpan di bengkelnya.

Lelaki itu juga turut menyuruhnya membuang kepingan plat nombor pendaftaran kereta atas alasan mempunyai hutang dengan pihak bank, katanya, dan menambah, beliau tidak berbuat demikian tetapi hanya meletakkannya di atas lantai.

Liew berkata lelaki tersebut telah datang semula ke bengkelnya selepas seminggu bagi melihat keadaan kenderaan itu tetapi kereta tersebut masih belum siap sepenuhnya.

Beliau berkata anggota polis telah menghubunginya mengenai kereta itu dan datang ke bengkelnya untuk mengambil kereta itu pada 8 Mei tahun lepas.

"Polis menghubungi saya pada 3 pagi dan mereka tiba setengah jam kemudian. Saya kemudian menyerahkan kunci kereta itu (kepada pihak polis)," katanya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran semasa pemeriksaan utama.

Sementara itu, ketika diminta pendakwaan untuk menjelaskan gambaran fizikal lelaki Cina yang menghantar kereta tersebut, Liew berkata: "Orang itu adalah lelaki, berbangsa Cina, muda dan tinggi".

Liew juga memberitahu dia dapat mengecam suspek ketika dipanggil ke penjara Kajang untuk sesi kawad cam pada 15 Mei, tahun lepas. Liew bagaimanapun, pada prosiding hari ini tidak dapat mengecam wajah suspek tersebut di dalam mahkamah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Kamardin Hashim bersambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan