Bekas Penasihat Syarikat Pelaburan Didakwa Bantu Syarikat Terima Deposit

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penasihat kepada tiga syarikat pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lima pertuduhan membantu menguruskan syarikat berkenaan menerima deposit daripada orang awam serta sebuah syarikat lain tanpa lesen yang sah.

Bagi pertuduhan pertama Harun Mat Saat, 47, didakwa membantu menguruskan Syarikat Business Time Dina Sdn Bhd menerima deposit daripada sebuah syarikat tanpa lesen yang sah pada 25 Februari 2008.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, Harun didakwa membantu dalam pengurusan syarikat Business Time Dina, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd dan Pan-Phoenix Dina Steel Sdn Bhd menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah antara September 2006 hingga April 2008.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Wisma MPL dan Wisma Goldhill di Jalan Raja Chulan dekat sini mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa daripada Bank Negara Mohd Shukri Ahmad Mansor tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh pernah melarikan diri sebelum ini dan pihak Bank Negara telah mengeluarkan iklan di akhbar dan Internet untuk menjejaki tertuduh.

"Tertuduh turut mempunyai lima kes lampau iaitu dua kes di Mahkamah Sesyen Kota Baharu dan selebihnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Bagaimanapun dalam kesemua kes itu tertuduh dilepas tanpa dibebaskan kerana dia melarikan diri," katanya.

Mohd Shukri berkata tertuduh juga pernah ditangkap di Kuantan, Pahang oleh Jabatan Agama Islam negeri itu bagi siasatan berkenaan ajaran sesat.

Sementara itu Harun yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kepada RM70,000 dan memberitahu mahkamah bahawa dia gagal hadir di mahkamah sebelum ini kerana diculik.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan serta memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan