Enam Didakwa Di Mahkamah Esok Atas Kesalahan Berkaitan PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Enam orang akan dihadapkan di Mahkamah Majistret di tiga negeri pada Rabu atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata keenam-enam lelaki itu masing-masing akan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman, Shah Alam dan Alor Setar atas kesalahan merusuh, khianat, ugutan jenayah dan membawa senjata berbahaya.

Beliau memberitahu sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini Selasa empat penyokong parti politik yang berusia antara 28 dan 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman atas kesalahan menghadiri rusuhan dan memiliki senjata berbahaya semasa rusuhan di Kampung Padang Lalang, Felda Neram, Kemaman pada Jumaat lepas.

"Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Selain itu seorang lelaki berusia 47 tahun akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang mebawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

"Seorang lelaki akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Setar bagi dua kesalahan iaitu menakutkan secara jenayah dan membawa senjata berbahaya di tempat awam tanpa kuasa yang sah mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Sementara itu, Tun Abdul Majid berkata enam lelaki didakwa di mahkamah antara 3 April hingga semalam atas tuduhan melakukan kesalahan seperti khianat, gaduh dan menyebabkan kecederaan di Senawang, Negeri Sembilan; Dungun dan Kemaman, Terengganu; dan Puchong, Selangor.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 148 kes diarahkan untuk siasatan lanjut termasuk perbuatan khianat sebanyak 55 kes, pemberitahuan perhimpunan (28 kes), dan perbuatan khianat (dua kes).

Katanya sebanyak 129 kes tiada tindakan lanjut kerana suspek tidak dapat dikenal pasti, ini termasuk berhimpun tanpa permit atau tanpa notifikasi, meletakkan bendera parti tanpa izin, perbuatan khianat, hasutan dan mencuri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan