Tukang Masak Dipenjara 17 Tahun, Sebat Kerana Ceroboj, Samun & Rogol

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang tukang masak dihukum penjara 17 tahun dan empatan sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini Jumaat atas tiga kesalahan termasuk merogol seorang pekerja butik, dua tahun lepas.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yosouf Mohd Haflan, 28, di akhir kes pembelaan.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM1,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan pertama iaitu menceroboh dan penjara enam tahun daan satu sebatan bagi pertuduhan menyamun.

Tertuduh dikenakan penjara sembilan tahun dan tiga sebatan atas tuduhan merogol.

Mahkamah juga memerintahkan Yusouf membayaw kos pendakwaan sebanyak RM1,000 serta wang pampasan RM2,000 kepada mangsa.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Yusouf didakwa bersama dua lagi yang masih bebas menceroboh sebuah premis di sini dan menyamun pekerja butik berusia 20-an, antara 3 pagi hingga 11 malam, 31 Julai 2011.

Dia juga didakwa merogol wanita itu pada pukul 4 pagi di tempat dan tarikh sama. Bagaimanapun, Yusouf hanya perlu menjalani hukuman sembilan tahun selepas hakim menetapkan semua hukuman tersebut berjalan serentak bermula hari ini.

Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam tertuduh, Abdul Rashid Tasin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga proses rayuan selesai.

Sebaliknya, mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM19,500 kepada RM22,500 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, Abdul Rashid memohon supaya mahkamah menjatuhi hukuman ringan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan isteri dan dua anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah memohon hukuman berat kerana ia merupakan kesalahan serius serta memberi kesan trauma kepada mangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan