Artikel Asal Dalam Blog Hamidah Tiada Gambar Khalid - Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengendali blog memberitahu Mahkamah Tinggi di sini artikel asal yang disiar dalam blog Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman tidak mengandungi gambar 'superimpose' bekas anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Azizul Azli Ahmad, 37, yang mengendali hamidahosman.blogspot.com, berkata kandungan artikel tulisannya bertajuk 'Umat Islam Perlu Bersatu' adalah bertujuan mengajak orang Islam bersatu mempertahan kalimah Allah.

Dirujuk satu artikel mengandungi gambar 'superimpose' Khalid yang diperoleh daripada www.archive.org iaitu sebuah laman sesawang yang menyimpan rekod blog yang dimansuh atau dihilangkan, saksi itu berkata ia bukan artikel asal kerana terdapat banyak perkara meragukan dan artikel berenaan seolah-olah telah disunting serta dicetak menggunakan medium lain.

"Artikel saya tidak ada gambar tersebut, dan artikel asal yang disiar di laman blog asal defendan mempunyai gambar defendan sahaja, header nama defendan, pengikut blog, pautan blog lain dan sebagainya. Artikel asal sepatutnya diterbitkan daripada hamidahosman.blogspot.com dan bukannya www.archive.org.

"Ia juga tidak mempunyai Internet Printing Protocol (IPP) yang boleh dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk tujuan pengesahan identiti sesebuah blog itu. Oleh itu, adalah meragukan bahawa artikel ini merupakan artikel asal yang disiarkan di blog defendan," katanya pada pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Hafarizam Harun, yang mewakili Hamidah.

Azizul Azli memberi keterangan pada perbicaraan kes saman Abdul Khalid terhadap Hamidah, yang juga anggota exco kerajaan negeri Perak, di depan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Hashim Hamzah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor itu memfailkan saman terhadap Hamidah dua tahun lepas berhubung penyiaran artikel dan gambar 'superimpose' beliau di laman blog defendan pada Januari 2010.

Penyataan tuntutan Abdul Khalid yang difail pada 23 Dis 2011, mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

"Adakah anda mempunyai niat jahat untuk memfitnah plaintif dalam penulisan artikel itu," soal Hafarizam.

"Tidak. Niat artikel ini ditulis saya nak lihat umat Islam bersatu. Jujurnya saya tidak kenal plaintif dan saya tiada kepentingan untuk berniat jahat kepada plaintif," kata Azizul Azli. Saksi itu juga berkata polisi www.archive.org menyatakan bahan yang diperoleh di laman sesawang berkenaan tidak boleh digunakan bagi tujuan perundangan dan perlu mendapat kebenaran daripada penulis asal blog terlebih dahulu.

Sebelum ini, Abdul Khalid memberitahu mahkamah bahawa gambar serta artikel yang didakwa memalukan beliau itu diperoleh daripada www.archive.org dan bukan daripada hamidahosman.blogspot.com.

Ketika disoal peguam Azhana Mohd Khairudin, Azizul Azli menafikan beliau memadam gambar 'superimpose' plaintif dan kandungan asal artikel yang ditulisnya serta menutup blog atas arahan Hamidah sejurus selepas Abdul Khalid memfailkan saman itu pada penghujung 2011.

"Selepas artikel ini ditulis, saya masih menulis di blog Hamidah dan bila saya bercadang untuk sambung belajar, saya pernah cadangkan supaya Hamidah mencari admin blog yang baharu tetapi Hamidah kata tiada pengganti. Justeru, beliau cadangkan supaya tutup blog beliau bila saya memulakan pengajian peringkat doktor falsafah di Universiti Malaya pada September 2011," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Mei bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan selewat-lewatnya 10 Jun untuk afidavit jawapan serta 28 Jun untuk keputusan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan