Rafizi Mohon Mahkamah Tolak Saman Fitnah Zahid Hamidi

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli memohon Mahkamah Tinggi di sini supaya menolak writ saman yang difailkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadapnya.

Menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan 5 April lalu, Mohd Rafizi menafikan bahawa beliau telah memfitnah Ahmad Zahid berhubung satu artikel di dalam laman blognya.

Pernyataan pembelaan itu diserahkan kepada pemberita pada Selasa.

Menerusi pernyataan tersebut Mohd Rafizi berkata beliau bertanggungjawab membangkitkan pelbagai isu yang dipersoalkan rakyat kerana dikhuatiri menjejaskan kepentingan awam.

Sementara itu, peguam Datuk Saseedharan Menon yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan 21 dan 22 Ogos untuk perbicaraan kes itu. Pada 25 Januari lalu Ahmad Zahid memfailkan saman tersebut dan mendakwa Mohd Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Ahmad Zahid berkata artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat akhbar tempatan dalam empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan