Peguam Tarik Diri Wakili Wan Azizah Dalam Kes Saman Felda RM200 Juta

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kes saman fitnah yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), mengemukakan permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor memberitahu pemberita bahawa pihaknya membuat permohonan penarikan itu pada Jumaat lepas. Tiada alasan diberikan mengenai keputusannya itu.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said yang mendengar prosiding di dalam kamar hari ini menetapkan 18 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 16 Ogos 2010 Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman RM200 juta terhadap Dr Wan Azizah dan lima lagi kerana memfitnah agensi itu menerusi artikel yang disiarkan Suara Keadilan.

Selain Dr Wan Azizah, turut dinamakan Felda sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun lepas yang mengandungi fitnah terhadap Felda.

Felda mendakwa artikel pertama bertajuk 'Felda Bangkrap' dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Felda diwakili peguam Datuk Fairuz Hussein Jamaluddin. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan