Empat Rakan Mengaku Curi Pakaian di Butik

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat rakan pada Isnin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mencuri pakaian bernilai lebih RM1,500 di sebuah butik, Februari lepas.

Noorzila Maulad Ismail, Ibtisam Ahmad Murtadza dan Qhoirana Mohd Zin, masing-masing 27 tahun dan Idris Shah Ahmed Badli Shah, 24, didakwa mencuri 15 pakaian wanita, enam pakaian lelaki, dua seluar lelaki dan satu paket pen yang kesemuanya bernilai RM1,559 milik Cotton On.

Mereka yang masing-masing tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan itu di Premis Cotton On, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang di sini pada 4 petang, 6 Februari lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Majistret Zuraini Abdul Razak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin masing-masing RM1,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 April untuk keputusan selepas peguam Ahmad Ridza Mohd Noh yang mewakili mereka memohon penangguhan keputusan bagi persediaan mitigasi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan