Tukang Cuci Kereta Didakwa Edar Lebih 400 Gram Heroin

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang tukang cuci kereta didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat terhadap pertuduhan mengedar lebih 400 gram heroin bulan lepas.

Tan Lian Heong, 40, didakwa mengedar heroin seberat 452 gram, di tepi jalan berhampiran pos pengawal Apartment Saraka, Jalan Wawasan 4/2, Pusat Bandar Puchong, pada 10 malam, 23 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tan juga didakwa memiliki ganja seberat 1.3 gram, di No.65, Jalan Wawasan 3/7, Pusat Bandar Puchong, pada 10.30 malam, hari sama dan didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid, yang kemudiannya menetapkan 14 Mei untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan