Tiga Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah RM10,000 Dalam Kes Curi Lori

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga anggota polis dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM10,000 sebagai dorongan untuk melepas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi lori pada April tahun lepas.

Sarjan Mejar Nordin Sadakathullah, 51, Lans Koperal Mohd Arwan Abu Bakar, 28, dan Lans Koperal Mohd Khairu Mat Ali, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan Hakim Asmadi Hussin.

Kesemua anggota polis itu, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, didakwa menerima suapan daripada Nor Arman Abu Samah dan Halid Usmad bagi melepaskan Zulkarnain Deraman, yang disyaki terlibat dalam kes curi mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di IPD Shah Alam antara 5.30 petang dan 10 malam pada 10 April tahun lepas mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Asmadi membenarkan mereka masing-masing diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Mei untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Lokman Kasim manakala tertuduh diwakili peguam M.Hafiz Zainol Abidin. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan