Menipu Dan Menyamar: Jurugambar Sambilan Dipenjara 13 Tahun, Dua Sebatan - Berita Mahkamah | mStar

Menipu Dan Menyamar: Jurugambar Sambilan Dipenjara 13 Tahun, Dua Sebatan

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurugambar sambilan pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menipu dan menyamar sebagai timbalan pendakwa raya.

Hakim Hasbi Hasan membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan M.K.Ravi, 45, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagi kesalahan menipu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan terhadap Ravi manakala bagi tuduhan menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, dia dihukum penjara lima tahun.

Bagaimanapun, Ravi bernasib baik kerana hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun apabila mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula Jumaat.

Ravi didakwa menipu seorang anggota polis untuk mempercayai dia adalah timbalan pendakwa raya bernama Mohd Sophian Zakaria yang akan menyelesaikan kes rasuah melibatkan anggota polis itu hingga mendorong anggota polis itu menyerahkan wang berjumlah RM5,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bank Simpanan Nasional, Sungai Besi pada 9.09 pagi, 26 Mei 2011 dan didakwa mengikut Sesyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.

Bagi kesalahan kedua, Ravi didakwa menipu anggota polis itu dengan menyamar sebagai timbalan pendakwa raya Mohd Sophian di satu lokasi di Jalan Sinaran, Taman Sinaran, Balakong, pada 8 malam, 25 Mei 2011, dan didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nur Lokman Samingan manakala Ravi tidak diwakili peguam. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan