Lelaki Bangladesh Dipenjara 13 Tahun, Empat Sebatan Cabul Budak 10 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara berjumlah 13 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk mencabul kehormatan kanak-kanak berusia 10 tahun dan menetap di Malaysia tanpa dokumen sah.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Mohd Kamal Hossain, 28, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan terhadap tertuduh bagi pertuduhan pertama, penjara lapan tahun bagi pertuduhan kedua serta penjara tiga tahun dan satu sebatan untuk pertuduhan ketiga.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 27 Februari tahun lepas.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Kamal dihantar pulang ke negara asal selepas tamat menjalani hukuman.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Kamal didakwa memaksa kanak-kanak perempuan itu melakukan seks oral di sebuah bilik di Taman Kok Lian, Sentul dekat sini antara 6.45 petang dan 7.30 malam, 23 Februari tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seskyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mancabul kehormatan mangsa di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Kamal didapati tinggal Malaysia tanpa sebarang dokumen yang sah di tempat sama pada 12.10 tengah hari, 27 Februari tahun lepas mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Tan Gin Han yang membantu TPR Ooi Chean Ling memohon hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh kerana perbuatannya memberi kesan kecederaan secara psikologi terhadap mangsa yang mengambil masa yang panjang untuk melupakan perbuatan tertuduh.

Peguam A.Saravanan yang mewakili Mohd Kamal memohon hukuman ringan dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kes itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan